Thursday, 29 September 2016

BAB 10: PENYESUAIAN SOSIAL

BAB 10: PENYESUAIAN SOSIAL

       Keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.

  •               Ia merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi, realiti dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat dipenuhi dengan cara yang dapat diterima. (Hurlock,1990)

10.1  Kemahiran Interpersonal

       Kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. (Gardner, 1983)
       Interpersonal terbahagi kepada dua:

1.       Komunikasi Verbal (lisan)
                  -Komunikasi lisan berlaku secara langsung apabila dua atau lebih orang berbual secara                          bersemuka.
                 -Komunikasi verbal melibatkan penggunaan bahasa.


            2.       Komunikasi non-verbal (bukan lisan)
                        -Semua bentuk tingkahlaku yang bukan lisan dan tidak bertulis.
                        -Melibatkan bunyi, gerakan anggota badan, mimik muka, objek atau sebarang    reka                            bentuk.
                         -Kemahiran Interpersonal termasuklah:
-membina hubungan
-memberi perhatian
-mendengar


10.2  Kemahiran Intrapersonal

ü  Menurut Barker & Edwards (1980), “Intrapersonal communication is about communication at level of the individual”.
ü  Berlaku dalam diri dan minda sendiri.
ü  Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
ü  Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

     Kepentingan kemahiran intrapersonal:
       Meningkatkan keyakinan diri.
       Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri.
       Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
       Mempunyai daya tahan yang tingginketika menghadapi cabaran.
       Meningkatkan pencapaian akademik.
       Meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.


10.3  Pelajar Sebagai Komuniti Pembelajaran 


  •        Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai murni dan sikap yang baik.
  •         Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan kerjasama antara individu yang memungkinkan perubahan tingkah laku.
  •        Komuniti pembelajaran professional terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif, memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

10.4  Isu-isu Perkongsian Maklumat


  •        Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
  •        Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)
  •        Boleh diakses melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, twitter dan sebagainya.


  1.                Blog
       Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet.
       Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
       Membina pemikiran kritis melaluinpenggunaan ruang komen.
       Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.



2.       Facebook
       Menggunakan facebook untuk menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan          kelas dan peperiksaan
.     Bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran              internet
.     Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran daripada rakan-rakan yang lain.




3.       Flickr
       Adalah salah satu laman web perkongsian gambar
       Digunakan untuk memuatnaik gambar, memberikan tagnama kepada gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
       Boleh membina set gambar untuk  menyusun dengan mudah dan menyertai   topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.
       Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.



   4.       Skype
  • Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau dimana pengguna skype itu berada.
  • Memudahkan berkongsi pengalaman dengan orang lain.
  • Satu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.
  • Digunakan untuk kelas jarak jauh, penceramah jemputan dengan  mengendalikan temu bual dari jauh dan berkongsi dengan orang lain di serata dunia.




5.       SlideShare
       Laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen atau pdf
       Menonjolkan progesional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari        dan memuat turun bahan
       Tersebar pantas melalui blog, Linkedln, facebook dan Twitter.
       Untuk berkongsi idea dan berhubung  dengan orang lain.
       Sesiapa sahaja boleh melihat pembentangan dan dokumen berkaitan tajuk yang      diminati



6.       Twitter
       Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet pada ringkas.
       Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
       Lingkuangan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat                          diperluaskan.






10.5  Isu-isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik






       Gander: perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
       Perbezaan bukan dari aspek dari biologikal tetapi juga melalui peranan mereka dalam perjanjian          sosial.
       Peranan antara lelaki dan perempuan berubah menikut budaya, keadaan dan situasi di mana                mereka berada.
       Contohnya, Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita.
       Peranan:
       membela dan memertabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
       Meningkatkan penyertaan wanita dalampengajian formal melalui program kaunselingkerjaya
       Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita terhad kepada peranan pembantu (supporting role)        kepada kaum lelaki.
       Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya dalam pendidikan pelajar lelaki dan        wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pembelajaran mereka.
       Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
       Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
       Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijazah pertama dikuasai wanita.
       Kegiatan yang negatif menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dlam pendidikan.
       Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negati ditangkap dan                       dimasukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
       Wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.  Oleh itu, lelaki      zaman ini perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai taraf yang wanita inginkan.





Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


REFLEKSI BAB 10

        Pada akhir pembelajaran bab 10 ini, saya telah diterapkan dengan kemahiran bersosial.  Hal ini demikan kerana sebagai bakal pendidik kita haruslah bijak untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika mengajar dihadapan murid.  Dalam tajuk ini saya dapat mempelajari kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran interpersonal dan intrapersonal.  Kemahiran interpersonal telah memberi gambaran kepada saya suatu keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain di samping dapat menyelami sendiri perasaan orang lain dengan lebih mendalam.  Melalui kemahiran intrapersonal pula saya dapat meningkatkan keyakinan diri, mengetahui kelemahan dan kelebihan diri.  Bukan itu sahaja, saya juga dapat mempelajari tentang ilmu yang berkaitan tentang kehidupan sebagai ahli komuniti. 


            Dalam masa yang sama, isu-isu perkongsian maklumat yang juga terdapat dalam tajuk ini telah memberi saya pengetahuan yang baru mengenai laman-laman sosial yang digunakan secara meluas sebagai medium berkomunikasi dan tempat bertukar-tukar maklumat.  Antaranya ialah blog, twitter, facebook, slideshare, skype, dan flickr.   Akhir sekali, saya turut diperkenalkan dengan isu baharu iaitu isu gender dalam kecemerlangan akademik.   Dalam isu ini saya telah didedahkan dengan perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan sahaja dari segi aspek biological sahaja tetapi perjanjian sosial antara jantina atau lebih tepat lagi batasan pergaulan antara kaum lelaki dan wanita.



BAB9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

MAKSUD PENTAKSIRAN

  • Proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.


  • Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

TUJUAN PENTAKSIRAN

  •          Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran
  •          Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
  •          Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
  •          Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar

9.1  JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1.       Pentaksiran Sumatif
2.       Pentaksiran Fomatif
3.       Pentaksiran Berasaskan Prestasi
4.       Prestasi Internal dan Eksternal

PENTAKSIRAN SUMATIF

  •          Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari
  •          Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
  •          Contoh: PBS
PENTAKSIRAN FORMATIF

  •          Pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera
  •          Contoh: PBS
PENTAKSIRAN BERASASKAN PRESTASI


  •          PENTAKSIRAN FORMAL (ujian , kuiz, dan esei dan diberikan markah)
  •         PENTAKSIRAN TAK FORMAL (melalui kemahiran membaca, kebolehan dan perkembangan dapat digabungkan)

PENTAKSIRAN INTERNAL & EKSTERNAL


  •         Pentaksiran Internal: Ditentukan dan disemak oleh sekolah(guru)



  •          Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat



  • ·         Pentaksiran Eksternal: Ditentukan oleh sesuatu badan atau sendiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia



  • ·         Kertas pentaksiran ditandakan oleh pihak luar dan muris hanya mendaoat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka


9.2  PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN

1.       Tugasan Individu
2.       Tugasan berkumpulan
3.       Integrity pelajar

TUGASAN INDIVIDU

  •          Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
  •          Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
  •         Pelajar hendaklah membuat dam memahami nota
  •          Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji
TUGASAN BERKUMPULAN


  •          Secara berkumpulan terokai tugasan yang diberi.  Ketua kumpulan menentukan apakah tugasan (aspek-aspek pentaksiran yang perlu diterokai oleh ahli) untuk setiap ahli.  Elok jika kumpulan berbincang dahulu apa yang perlu dilakukan.
  •          Seterusnya bina satu fail projek peta minda pentaksiran, kemudian kongsi kolaboratif dengan ahli-ahli kumpulan.  Ahli-ahli kumpulan secara kolaboratif akan melengkapkan peta minda tentang pentaksiran
  •          Setelah siap, projek kumpulan dibentangkan di dalam kelas untuk sesi perbincangan dan kritik

INTEGRITI PELAJAR

  •          Idea yang dipersembahkanharuslah tulen, ciptaan sendiri dan bukan mencuri atau mengambil dari individu lain.






Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:




REFLEKSI BAB 9

        Pada akhir pembelajaran bab 9 ini, saya telah didedahkan dengan jenis-jenis pentaksiran.  Pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.  Dalam kaedah pentaksiran di institusi pendidikan guru ini mereka amat menitik beratkan peperiksaan, kerja kursus, projek, ujian amali, ujian akhir kursus, penilaian pratikum, penilaian bina insan guru, penilaian dan gerak kerja kokurikulum.  Melalui tajuk ini saya juga telah didedahkan dengan persediaan untuk melaksanakan pentaksiran dan tempoh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  Pelaksanaan tugasan dan kerja kursus ini telah dibahagikan secara individu dan berkumpulan.  Dalam semua tugasan dan kerja kursus ini kami telah dilatih dan diterapkan semangat integriti pelajar-pelajar dalam membentuk identiti keguruan sebagai persediaan. Akhir sekali dalam tajuk ini saya dapat meyakinkan diri saya dalam usaha untuk menjadi guru yang berkaliber dan sanggup menangkis segala cabaran pada masa hadapan.



Wednesday, 28 September 2016

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( LEARNING MANAGEMENT SYSTEM )

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
( LEARNING MANAGEMENT SYSTEM )

MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Merupakan aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
  • Merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.


8.1  CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Mengikut American Society for Training & Development (ASTD,2002),perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

 -Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran.
  -Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia.
  -Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran.

  • Ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut :

  -Maklumat mata pelajaran.
  -Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat.
  -Kemudahan komunikasi.
  -Kemudahan penilaian.


8.2  KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • LMS digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.

  • LMS harus dapat melakukan perkara – perkara berikut, antaranya adalah :

-Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
-Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu.
-Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
-Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.
-Mudah alih sokongan dan standart.
-Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
-Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual.
-Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
-Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
-Pembelajaran boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila –bila masa.
-LMS melibatkan kos secara efektif.
-Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.


8.3  KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  •  Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
  • Senaraikan open source software yang digunakan oleh lms.
-Moodle
-Adope captive
-Adope photoshop
-LINUX
-DOS



Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-8-53004903




REFLEKSI BAB 8

         Pada akhir pembelajaran bab 8 ini, saya telah mempelajari suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesebuah institusi pengajian tinggi dan kolej melalui penggunaan internet.  Melalui tajuk ini saya telah mengetahui ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran.  Walaupun saya baharu sahaja melangkah ke institusi pengajian tinggi ini tetapi saya perlu menguasai sistem ini untuk memudahkan segala urusan pembelajaran di institusi.  Di samping itu, melaui pembelajaran ini, ia memberi peluang kepada saya untuk meneroka tentang kegunaan sistem pengurusan pembelajaran.  Dengan mengusai sistem ini,  saya telah mampu mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan internet. 


         Selain itu, saya juga boleh mendalami ilmu selok belok berkaitan dengan system pengurusan pembelajaran contohnya meningkatkan lagi kemahiran pembelajaran melalui aktiviti on-line.  Tegasnya, apa yang telah saya perolehi daripada tajuk menunjukkan penggunaan kemudahan internet dalam pengurusan pembelajaran memberi banyak manfaat kepada para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi.



BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1  PERISIAN UTILITI


Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
Perisian utiliti terbahagi kepada dua bahagian :

1) Os based utility terdiri daripada 2 jenis :

i) Disk Scanner
Salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows.
Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Kesalahan yang sering ditemui disebabkan sistem yang sering rosak, aplikasi sistem tidak ditutup dengan betul, atau adanya virus dan lain-lain.

contoh disk scanner


ii) Disk Defragmenter
Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya.
Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail yang bertaburan dan mengoptimumkan penempatan pada hard drive.
Mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan

contoh disk defragmenter



2) Non os based Utility terdiri daripada 2 jenis :

i) Perlindungan virus
- Wajib dipasang pada setiap komputer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan komputer daripada serangan virus.
- Untuk perlindungan yang berterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus.
- Contoh ; Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-virus.



contoh-contoh anti-virus


ii) Pemampatan Data
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk :
- Menjimatkan ruang penyimpanan
- Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
- Mengurangkan masa memuatturun fail
- Contoh perisian pemampatan fail yang popular :
*WinZip
*WinRAR
*PKZIP


7.2  PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN


  • adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks dan perkataan
  • ia digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting, dan mencetak dokumen
  • contoh: MS Word


 
MS Word

  •  Kelebihannya :

-Mencipta dokumen dan menyunting semula
-Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain
-Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip dalam cakera
-Mencapainya di lain masa, mengubahnya atau mencetak semula

  •  Contoh :

-Microsoft Word
-Lotus  AMI Pro
-Star Office Writter
-Texmaker


7.3  PERISIAN HAMPARAN KERJA


  • Adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numeric.
  • Digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata,jumlah dan kiraan arimetik yang mudah
  • Contoh: MS Excel

 
MS Excel

7. 4  PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

  •  Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, audio, video, dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
  •  Elemen persembahan mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar, atau grafik niaga



  • Kelebihannya :

-Menarik minat penonton/pengguna
-Memberi motivasi
-Mudah difahami

  •  Contoh :

-Microsoft Powerpoint
-Harvard Graphic
-Loyus Freelance


MS Power Point



7.5  PERISIAN PENGKALAN DATA

  •  Perisian pangkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem
  •  Pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta
  • Pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk :


  • Jadual

           -Angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur

  • Carian

            -Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna, sama ada mengenai nama                           pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan

  • Borang
  • Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat dat 

  • Laporan

  • Merupakan laporan pangkalan data dalam bentuk cetakan. laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari segi pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah, dan maklumat lain
          
  • Makro
  • Digunakan untuk melakukan tindakan asas secra automatik dan membolehkan objek-objekbekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalanya Microsoft Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila pangkalan data dibuka, atau klisk satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain

  • Rekod

          -Satu koleksi data pada satu jadual

  • Modul

      - Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasi-operasi yang lebih kompleks dan          tidak disediakan oleh makro

  • Objek

        -Satu unit yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data seperti table, report, atau form




7.6  BLOG

  •  Blog adalah bentuk Apikasi Web. Ia dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama membuat tulisan-tulisan dan gambar pada setiap halaman web. Blog biasanya dibuat sesuai dengan topik dan tujuan si pengguna blog tersebut

  • Fungsi Blog
  1.   Blog sebagai media searah

     - Menceritakan pengalaman penulis semata-mata hanya untuk suka-suka, kemudian menutup                 ruang komen bagi pembaca

      2.  Blog sebagai media dua arah
       - Menceritakan pengalaman penulis serta memberi peluang kepada pembaca untuk meberi                    komen

      3.  Blog sebagai media pelbagai tujuan
       - Contohnya untuk memberi maklumat, pendidikan, mempromosi barang, dan pengiklanan


contoh blog



Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-7-53005228






REFLEKSI BAB 7

             Pada akhir pembelajaran bab 7 ini, saya telah mempelajari cara-cara menggunakan perisian komputer dan peralatan elektronik yang lain untuk menyimpan maklumat data.  Perisian utiliti yang diperkenalkan adalah bertujuan memberi sokongan atau bantuan dalam memastikan kelancaran perkakasan komputer dan perisian elektronik lain.   Apa yang telah saya dapat daripada tajuk ini ialah kepentingan perkakas dalam perisian computer seperti disk-scanner, disk-defragmenter, virus scanner, file compression, file converter, screen capture dan sebagainya.  Dalam masa yang sama, saya juga diajar tentang langkah-langkah untuk membina, mencetak dan menformat dokumen.  Melalui sub tajuk ini, ianya telah memudahkan saya mengaplikasikan teknik ini untuk membuat kerja kursus dan tugasan yang berkaitan.   

        Selain itu, saya juga dapat membezakan antara perisian hamparan kerja dan perisisan persembahan elektronik.  Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya membuat perbentangan yang menggunakan Microsoft power point di dalam kelas secara menarik dan berkesan.  Dalam bab ini juga disematkan sub tajuk mengenai perisian pangkalan data dan blog.  Saya juga telah diarahkan oleh pensyarah untuk membina sebuah blog bagi melaksanakan kerja kursus yang memerlukan saya memasukkan semua nota yang telah dipelajari sebelum ini ke dalam blog tersebut mengikut kretiviti masing-masing.

BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

BAB 5: Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota

5.1  CARA-CARA MEMBUAT NOTA

1.       Annotation
    • Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . 
    • Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . 
    • Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.

Contohnya : Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan pensyarah berkaitan format penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut :

·         Isi kandungan
·         Pendahuluan
·         Refleksi pengalaman
·         Fokus kajian
·         Objektif kajian
·         Kumpulan sasaran
·         Perancangan tindakan
·         Cara mengumpul data
·         Perancangan cara menganalisis data
·         Perancangan pelaksanaan kajian
ü  Jadual pelaksanaan Penyelidikan Tindakan/Carta Gantt
ü  Kos kajian
            ·  Rujukan
            ·  Lampiran


2.       Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)


  • Nota disediakan dalam bentuk mata(points) dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.  
  • Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint.   
  • Point utama ialah focus kajian/isu keperihatinan manakala subpoint ialah isu keperihatinan/ focus kajian, tinjauan masalah dan analisis kesalahan masalah.

Contohnya:
a)      Isu keperihatinan/fokus kajian
Ø  Kenal pasti isu
Ø  Huraikan isu
Ø  Rumuskan masalah yang dikenal pasti
b)      Tinjauan masalah
Ø  Tinjauannya ialah supaya masalah yang dikenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik
Ø  Nyatakan alat kajian yang digunakan
-temubual
-Pemerhatian
-analisis dokumen
-soal selidik
-ujian
Ø Paparkan alat kajian berkenaan
Ø Terangkan sebab menggunakan alat kajian berkenaan
Ø  Terangkan bagaimana menggunakan alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya.

c)       Analisis masalah
Ø  Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan
Ø  Nyatakan setiap satu hasil analisis
Ø  Buat kesimpulan setiap dapatan kajian
Ø  Buat refleksi

3.       Nota Bentuk Jadual (Column Notes)
·         Cara mengambil nota menggunakan format bentuk lajur
·         Biasa digunakan untuk subjek matematik dan sains
·         Nota dicatat mengikut tajuk dan subjek dalm kolum
·         Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk
·         Kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk
 
4.       Nota Rumusan ( Summary Notes)
·       Tertumpu kepada rumusan sesuatu teks
·       Ditulis dalam bentuk perenggan
·       Maklumat dikecilkan atau diringkaskan


Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota





5.2  ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA


PENGURUSAN GRAFIK

DEFINISI :
Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan  pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang  proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah  dan jelas sesuatu idea dan perhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN
-membanding dan membeza
- membuat kategori
-meneliti bahagian dan keseluruhan
- membuat sekuen
- menerangkan sebab
- membuat ramalan
- menyusul periksa andaian
- membuat inferen
- mengesahkan sumber maklumat
- menjana idea
- mencipta analogi
- mencipta metafora
- membuat keputusan
- menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK
    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK
  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri            
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut


PETA MINDA

  • Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
  • Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
  • Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
  • Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.




PEMETAAN I-THINK:

1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.






TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

TEKNIK SOKRATIK
Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah  peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan

1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan
Cth:
-Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi Perancis?
-Mengapakah Inggeris campur tangan di TanahMelayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh:
- Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
-Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?

SOALAN BERCAPAH 
·         Aras tinggi
·         Jawapan atau respons luas
·         Bersifat terbuka
·         Lebih bersifat subjektif
·         Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran

SOALAN BERTUMPU
·         Aras rendah
·         Jawapan atau respons terhad
·         Bentuk tertutup
·         Sesuai menguji daya ingatan
·         Lebih bersifat objektif

LINGKARAN SOALAN
Soalan jenis ini telah diperkenalakan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).

ALAT-ALAT CORT 1
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan

TEKNIK-TEKNIK CoRT :
    1.PMI ( Plus Minus Interesting )
       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
    
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
 -kaji kesan terhadap orang lain


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV

1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep


Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:

http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-52




REFLEKSI BAB 5

        Pada akhir pembelajaran bab 5 ini, saya telah mempelajari bagaimana cara-cara membuat nota dengan pelbagai bentuk contohnya Annotation (nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting), Outline Notes (nota disediakan dalam bentuk points), Column Notes (nota dalam format bentuk lajur) dan Summary Notes (rumusan teks dalam bentuk perenggan).  Sub tajuk ini telah membuka minda saya bagaimana hendak membuat nota mengikut kesesuaian.  Sebagai contoh sekiranya saya hendak membuat nota bagi subjek matematik, nota yang paling sesuai untuk saya adalah nota bentuk Column Notes kerana ianya mempunyai format bentuk lajur bagi memudahkan lagi saya menyatakan penerangan dan proses pengiraan.


         Seterusnya, saya juga didedahkan dengan alat-alat berfikir dalam membuat nota.  Dalam sub tajuk ini, terdapat pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, teknik menyoal aras tinggi yang terdiri daripada teknik Sokratik, soalan bercapah, soalan bertumpu, lingkaran soalan serta alat-alat Cort 1 dan alat-alat Cort IV.  Hasil daripada pembelajaran tajuk ini saya telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui membuat nota ringkas secara menarik dan berkesan untuk digunakan semasa mengulang kaji pelajaran.  Bukan itu sahaja, teknik menyoal aras tinggi adalah sangat penting kepada saya bagi meningkatkan taraf pemikiran kerana kebanyakan soalan peperiksaan dan kerja kursus yang diberikan tergolong dalam soalan aras tinggi yang memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis.