Wednesday, 28 September 2016

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1  PERISIAN UTILITI


Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
Perisian utiliti terbahagi kepada dua bahagian :

1) Os based utility terdiri daripada 2 jenis :

i) Disk Scanner
Salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows.
Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Kesalahan yang sering ditemui disebabkan sistem yang sering rosak, aplikasi sistem tidak ditutup dengan betul, atau adanya virus dan lain-lain.

contoh disk scanner


ii) Disk Defragmenter
Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya.
Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail yang bertaburan dan mengoptimumkan penempatan pada hard drive.
Mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan

contoh disk defragmenter



2) Non os based Utility terdiri daripada 2 jenis :

i) Perlindungan virus
- Wajib dipasang pada setiap komputer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan komputer daripada serangan virus.
- Untuk perlindungan yang berterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus.
- Contoh ; Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-virus.



contoh-contoh anti-virus


ii) Pemampatan Data
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk :
- Menjimatkan ruang penyimpanan
- Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
- Mengurangkan masa memuatturun fail
- Contoh perisian pemampatan fail yang popular :
*WinZip
*WinRAR
*PKZIP


7.2  PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN


  • adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks dan perkataan
  • ia digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting, dan mencetak dokumen
  • contoh: MS Word


 
MS Word

  •  Kelebihannya :

-Mencipta dokumen dan menyunting semula
-Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain
-Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip dalam cakera
-Mencapainya di lain masa, mengubahnya atau mencetak semula

  •  Contoh :

-Microsoft Word
-Lotus  AMI Pro
-Star Office Writter
-Texmaker


7.3  PERISIAN HAMPARAN KERJA


  • Adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numeric.
  • Digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata,jumlah dan kiraan arimetik yang mudah
  • Contoh: MS Excel

 
MS Excel

7. 4  PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

  •  Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, audio, video, dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
  •  Elemen persembahan mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar, atau grafik niaga



  • Kelebihannya :

-Menarik minat penonton/pengguna
-Memberi motivasi
-Mudah difahami

  •  Contoh :

-Microsoft Powerpoint
-Harvard Graphic
-Loyus Freelance


MS Power Point



7.5  PERISIAN PENGKALAN DATA

  •  Perisian pangkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem
  •  Pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta
  • Pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk :


  • Jadual

           -Angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur

  • Carian

            -Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna, sama ada mengenai nama                           pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan

  • Borang
  • Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat dat 

  • Laporan

  • Merupakan laporan pangkalan data dalam bentuk cetakan. laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari segi pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah, dan maklumat lain
          
  • Makro
  • Digunakan untuk melakukan tindakan asas secra automatik dan membolehkan objek-objekbekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalanya Microsoft Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila pangkalan data dibuka, atau klisk satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain

  • Rekod

          -Satu koleksi data pada satu jadual

  • Modul

      - Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasi-operasi yang lebih kompleks dan          tidak disediakan oleh makro

  • Objek

        -Satu unit yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data seperti table, report, atau form




7.6  BLOG

  •  Blog adalah bentuk Apikasi Web. Ia dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama membuat tulisan-tulisan dan gambar pada setiap halaman web. Blog biasanya dibuat sesuai dengan topik dan tujuan si pengguna blog tersebut

  • Fungsi Blog
  1.   Blog sebagai media searah

     - Menceritakan pengalaman penulis semata-mata hanya untuk suka-suka, kemudian menutup                 ruang komen bagi pembaca

      2.  Blog sebagai media dua arah
       - Menceritakan pengalaman penulis serta memberi peluang kepada pembaca untuk meberi                    komen

      3.  Blog sebagai media pelbagai tujuan
       - Contohnya untuk memberi maklumat, pendidikan, mempromosi barang, dan pengiklanan


contoh blog



Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-7-53005228






REFLEKSI BAB 7

             Pada akhir pembelajaran bab 7 ini, saya telah mempelajari cara-cara menggunakan perisian komputer dan peralatan elektronik yang lain untuk menyimpan maklumat data.  Perisian utiliti yang diperkenalkan adalah bertujuan memberi sokongan atau bantuan dalam memastikan kelancaran perkakasan komputer dan perisian elektronik lain.   Apa yang telah saya dapat daripada tajuk ini ialah kepentingan perkakas dalam perisian computer seperti disk-scanner, disk-defragmenter, virus scanner, file compression, file converter, screen capture dan sebagainya.  Dalam masa yang sama, saya juga diajar tentang langkah-langkah untuk membina, mencetak dan menformat dokumen.  Melalui sub tajuk ini, ianya telah memudahkan saya mengaplikasikan teknik ini untuk membuat kerja kursus dan tugasan yang berkaitan.   

        Selain itu, saya juga dapat membezakan antara perisian hamparan kerja dan perisisan persembahan elektronik.  Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya membuat perbentangan yang menggunakan Microsoft power point di dalam kelas secara menarik dan berkesan.  Dalam bab ini juga disematkan sub tajuk mengenai perisian pangkalan data dan blog.  Saya juga telah diarahkan oleh pensyarah untuk membina sebuah blog bagi melaksanakan kerja kursus yang memerlukan saya memasukkan semua nota yang telah dipelajari sebelum ini ke dalam blog tersebut mengikut kretiviti masing-masing.

No comments:

Post a Comment