Wednesday 28 September 2016

BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

BAB 5: Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota

5.1  CARA-CARA MEMBUAT NOTA

1.       Annotation
    • Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . 
    • Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . 
    • Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.

Contohnya : Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan pensyarah berkaitan format penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut :

·         Isi kandungan
·         Pendahuluan
·         Refleksi pengalaman
·         Fokus kajian
·         Objektif kajian
·         Kumpulan sasaran
·         Perancangan tindakan
·         Cara mengumpul data
·         Perancangan cara menganalisis data
·         Perancangan pelaksanaan kajian
ü  Jadual pelaksanaan Penyelidikan Tindakan/Carta Gantt
ü  Kos kajian
            ·  Rujukan
            ·  Lampiran


2.       Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)


  • Nota disediakan dalam bentuk mata(points) dengan menggunakan perenggan,nombor atau perkataan.  
  • Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint.   
  • Point utama ialah focus kajian/isu keperihatinan manakala subpoint ialah isu keperihatinan/ focus kajian, tinjauan masalah dan analisis kesalahan masalah.

Contohnya:
a)      Isu keperihatinan/fokus kajian
Ø  Kenal pasti isu
Ø  Huraikan isu
Ø  Rumuskan masalah yang dikenal pasti
b)      Tinjauan masalah
Ø  Tinjauannya ialah supaya masalah yang dikenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik
Ø  Nyatakan alat kajian yang digunakan
-temubual
-Pemerhatian
-analisis dokumen
-soal selidik
-ujian
Ø Paparkan alat kajian berkenaan
Ø Terangkan sebab menggunakan alat kajian berkenaan
Ø  Terangkan bagaimana menggunakan alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya.

c)       Analisis masalah
Ø  Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan
Ø  Nyatakan setiap satu hasil analisis
Ø  Buat kesimpulan setiap dapatan kajian
Ø  Buat refleksi

3.       Nota Bentuk Jadual (Column Notes)
·         Cara mengambil nota menggunakan format bentuk lajur
·         Biasa digunakan untuk subjek matematik dan sains
·         Nota dicatat mengikut tajuk dan subjek dalm kolum
·         Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk
·         Kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk
 
4.       Nota Rumusan ( Summary Notes)
·       Tertumpu kepada rumusan sesuatu teks
·       Ditulis dalam bentuk perenggan
·       Maklumat dikecilkan atau diringkaskan


Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/kamalslaw/kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota





5.2  ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA


PENGURUSAN GRAFIK

DEFINISI :
Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan  pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang  proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah  dan jelas sesuatu idea dan perhubungannya dengan aspek yang berkaitan.

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN
-membanding dan membeza
- membuat kategori
-meneliti bahagian dan keseluruhan
- membuat sekuen
- menerangkan sebab
- membuat ramalan
- menyusul periksa andaian
- membuat inferen
- mengesahkan sumber maklumat
- menjana idea
- mencipta analogi
- mencipta metafora
- membuat keputusan
- menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK
    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK
  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri            
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut


PETA MINDA

  • Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
  • Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
  • Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
  • Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.




PEMETAAN I-THINK:

1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.






TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

TEKNIK SOKRATIK
Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah  peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan

1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan
Cth:
-Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi Perancis?
-Mengapakah Inggeris campur tangan di TanahMelayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh:
- Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
-Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?

SOALAN BERCAPAH 
·         Aras tinggi
·         Jawapan atau respons luas
·         Bersifat terbuka
·         Lebih bersifat subjektif
·         Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran

SOALAN BERTUMPU
·         Aras rendah
·         Jawapan atau respons terhad
·         Bentuk tertutup
·         Sesuai menguji daya ingatan
·         Lebih bersifat objektif

LINGKARAN SOALAN
Soalan jenis ini telah diperkenalakan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).

ALAT-ALAT CORT 1
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan

TEKNIK-TEKNIK CoRT :
    1.PMI ( Plus Minus Interesting )
       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
    
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
 -kaji kesan terhadap orang lain


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV

1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep


Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:

http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-52




REFLEKSI BAB 5

        Pada akhir pembelajaran bab 5 ini, saya telah mempelajari bagaimana cara-cara membuat nota dengan pelbagai bentuk contohnya Annotation (nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting), Outline Notes (nota disediakan dalam bentuk points), Column Notes (nota dalam format bentuk lajur) dan Summary Notes (rumusan teks dalam bentuk perenggan).  Sub tajuk ini telah membuka minda saya bagaimana hendak membuat nota mengikut kesesuaian.  Sebagai contoh sekiranya saya hendak membuat nota bagi subjek matematik, nota yang paling sesuai untuk saya adalah nota bentuk Column Notes kerana ianya mempunyai format bentuk lajur bagi memudahkan lagi saya menyatakan penerangan dan proses pengiraan.


         Seterusnya, saya juga didedahkan dengan alat-alat berfikir dalam membuat nota.  Dalam sub tajuk ini, terdapat pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, teknik menyoal aras tinggi yang terdiri daripada teknik Sokratik, soalan bercapah, soalan bertumpu, lingkaran soalan serta alat-alat Cort 1 dan alat-alat Cort IV.  Hasil daripada pembelajaran tajuk ini saya telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui membuat nota ringkas secara menarik dan berkesan untuk digunakan semasa mengulang kaji pelajaran.  Bukan itu sahaja, teknik menyoal aras tinggi adalah sangat penting kepada saya bagi meningkatkan taraf pemikiran kerana kebanyakan soalan peperiksaan dan kerja kursus yang diberikan tergolong dalam soalan aras tinggi yang memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis.




No comments:

Post a Comment