Monday 26 September 2016

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Bab 6 : Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

Kemahiran memproses maklumat merupakan kupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mantafsir bahan yang dibaca dan didengari.

Tujuan :    bahan berkenaan dapat digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus.


6.1  Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul

Terdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis:

1. maklumat berbentuk kuantitatif
  •          berbentuk nombor yang dapat dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah iaitu

(a)jadual



(b)graf - graf lengkung, bar, pai, piktograf
 graf bar

 piktograf

 graf lengkung

carta pai


2. maklumat berbentuk kualitatif

  •        berbentuk teks, lakaran, rajah, foto

rajah

lakaran
foto

teks



6.2  Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan

i. Mentafsir Maklumat
  • 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
  • Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
  •  Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

ii. Membuat Kesimpulan

  • Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.


6.3  Menilai Maklumat

2 perkara penting menilai maklumat iaitu :

1. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan

  • Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan.

2. menilai maklumat dalam penulisan.

  •  Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.


6.4  Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

  •  Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
            
            Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:
         

   
   REFLEKSI BAB 6

          Pada akhir bab 6 ini, saya dapat mengukur sendiri tahap kemahiran saya dalam  memproses maklumat.  Dalam kemahiran menganalisis maklumat yang dikumpul ini, terdapat dua bentuk maklumat yang terdiri daripada kuantitatif dan kualitatif.  Maklumat ini boleh dianalisis melalui pelbagai kaedah contohnya untuk menganalisis maklumat berbentuk kuantitatif kita digalakkan menggunakan jadual dan graf manakala untuk menganalisis maklumat berbentuk kualitatif pula bersesuaian dengan membuat lakaran, rajah, foto dan teks. 


        Selain itu, untuk sub tajuk mentafsir dan membuat kesimpulan pula, saya telah memahami mentafsir maklumat adalah penerangan ringkas berdasarkan maklumat yang dikumpul atau dibaca manakala membuat kesimpulan adalah sesuatu gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.   Seterusnya, saya juga telah mengetahui cara-cara untuk menilai maklumat yang betul berdasarkan kaedah-kaedah terperinci supaya maklumat-maklumat tersebut dapat dinilai dengan jelas dan betul.  Akhir sekali, saya telah mempelajari bagaimana mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan berulis yang berkualiti.  Mensintesis maklumat bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan pemikiran yang kritis aras tinggi untuk menggabungkan, mengubah, dan menyatukan idea-idea yang diperolehi secara menyeluruh.










No comments:

Post a Comment