BAB 1: Pengenalan Kemahiran Belajar
1.1 Konsep kemahiran belajar.
Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh
teknik pembelajaran secara efektif dengan adanya dan tanpa kehadiran seorang
guru. Antara konsep kemahiran belajar termasuklah penghafalan,
pelajar akan menggunakan kaedah penghafalan dalam teknik pembelajaran. Selanjutnya,
belajar juga memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan agar dapat
membantu ingatan seseorang. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan
maklumat dan membuat rujukan kerana dengan proses pembelajaran banyak input dan
fakta baru serta maklumat boleh diperoleh.
Kemahiran belajar dapat ditakrifkan
sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan pengetahuan
dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya.
Kemahiran belajar juga turut membawa maksud sebagai proses mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran supaya seseorang individu berilmu dan berkemahiran.
Guru bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar dan muridnya bagi meningkatkan
kemahiran belajar masing-masing.
Kemahiran belajar termasuklah:
- · kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan
- · kemahiran memproses maklumat
- · kemahiran menyimpan maklumat
Kemahiran berfikir pula membawa maksud kemahiran berfikir secara kritis,
berfikir secara kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam
keadaan ini alat-alat berfikir akan diaplikasikan.
Strategi
pembelajaran bermaksud rancangan yang diatur atau dipilih (kaedah dan teknik)
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Terdapat sembilan jenis
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan:
- · pemerhatian
- · meditif
- · generatif
- · koperatif dan kolaboratif
- · konteks luar
- · metakognitif
- · kontekstual
- · kajian masa depan
- · direktif
·
Jenis-jenis pembelajaran
yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia:
- · pembelajaran berpusatkan pelajar
- · pembelajaran bersifatkan individu
- · pembelajaran berfikrah
- · pembelajaran berbantukan teknologi
- · pembelajran berasaskan otak
- · pembelajaran berasaskan projek
1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Robert M Gagne
menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri
individu.
Anita E. Woolfolk
pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah
dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
Institut Pendidikan
Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan
pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
Terdapat lapan kerja
kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka
masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.
Bimbingan pensyarah
semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan
kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan
berkolaborasi.
Pelajar IPG lebih
berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih
sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir
bagi subjek berkenaan.
Di IPG, pelajar perlu
mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku,
majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
Penggunaan pusat
sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat
banyak dan elbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan.
Pelajar perlu
menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.
Maklumat yang banyak
memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih
maklumat tepat yang diperlukan.
Pelajar juga harus
memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
pelajar juga mesti
mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilkan bentuk
penulisan yang menarik dan senang difahami.
Pelajar IPG lebih banyak
menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan
bahan pembelajaran manakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada
buku teks.
Pelajar IPG perlu
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku
teks.
Kemahiran
interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
Pelajar IPG perlu
meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui
penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.
1.3 Pembelajaran Regulasi
Kendiri
Definisi pembelajaran regulasi kendiri
Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu proses pembelajaran di mana pelajar:
- menentukan
sendiri matlamat pembelajaran masing-masing
- memilih
alat bantu belajar mereka sendiri
- menggunakannya
dalam pembelajaran mereka
- mengkaji
dan menilai pendekatan pembelajaran dan hasil usaha mereka untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu
7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi
- MOTIVASI
KENDIRI- motivasi kendiri pelajar untuk belajar dengan berkesan. Pelajar
akan bermotivasi jika mereka mempunyai kualiti kendiri yang tinggi
berhubung dengan kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan
jayanya
- PERANCANGAN
MASA- membantu pelajar merancang kaedah ynag terbaik untuk menggunakan
masa yang ada bagi sesuatu tugasan. Pelajar merancang lebih awal tugasan
dan menggunakan masa dengan berkesan untuk mencapai matlamat
- PENGAWALAN
TUMPUAN- memaksimumkan tumpuan terhadap tugasan pembelajaran. Cuba
fokuskan tumpuan pada isi-isi pelajaran yang ada dan hindari fikiran dan
emosi daripada terganggu dan tidak fokus
- APLIKASI
STRATEGI PEMBELAJARAN- pelajar memilih dan menggunakan dengan betul cara
untuk memproses bahan yang diperolehi. Memilih strategi belajar yang
berbeza bergantung pada matlamat khusus yang ingin dipenuhi
- MENETAPKAN
MATLAMAT- mengenal pasti kesudahan yang diingini untuk aktiviti
pembelajaran. pelajar perlu tahu perkara yang mereka mahu apabila belajar
iaitu: mereka mungkin mahu belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya
untuk mendapatkan pemahaman secukupnya untuk persediaan peperiksaan
- PEMANTAUAN
KENDIRI- pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada
terdapat sebarang perkembangan dalam mencapai matlamat. Sentiasa memantau
perkembangan semasa aktiviti pembelajaran dan mengubah strategi
pembelajaran jika perlu.
- PENILAIAN
KENDIRI- pelajar menilai sendiri hasil akhir daripada aktiviti
pembelajaran. Pelajar menentukan sanma ada apa yang dipelajari adalah
mencukupi untuk matlamat yang telah ditetapkan
3 aspek umum akademik dalam pembelajaran regulasi kendiri
- kawalan
akhlak kendiri
- kawalan
motivasi kendiri
- kawalan
strategi kendiri
Gaya pembelajaran akses kendiri
- pembelajaran
akses kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada
tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar
- murid
belajar secara kendiri melalui bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau perkembangan sendiri
- murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka
untuk rujukan lebih lanjut boleh klik pada link di bawah:
REFLEKSI BAB 1
Pada
akhir pembelajaran bab 1 ini, saya telah mengetahui definisi kemahiran belajar,
ciri-cirinya dan kemahiran-kemahiran yang boleh dipraktikkan oleh seorang
pelajar dan bakal guru kelak. Kemahiran
belajar ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang
mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah
laku dalam diri seseorang. Sebagai bakal
guru, mengusai kemahiran belajar adalah perkara penting bagi memperoleh ilmu pengetahuan
dan kemahiran kerana kita merupakan golongan pendidik yang bertanggungjawab
menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada murid-murid untuk meningkatkan
kemahiran belajar masing-masing. Antara kemahiran belajar termasuklah kemahiran
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, kemahiran memproses maklumat dan
kemahiran menyampaikan maklumat.
Bukan
itu sahaja, kemahiran belajar merangkumi pemikiran kritis, pemikiran kreatif,
kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi.
Saya juga telah mengenali strategi pembelajaran dan jenis pembelajaran
yang bertujuan membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru juga perlulah memastikan murid mengenal
pasti teknik pembelajaran yang diminati supaya murid-murid dapat meningkatkan
kefahaman mereka disamping memperolehi keputusan yang cemerlang dalam akademik.
Dalam
masa yang sama, saya juga telah mengenali kehidupan dan budaya di IPG yang
sebenar. Ternyata ianya sebuah institusi
yang sangat mencabar buat saya kerana saya dididik menjadi menjadi seorang
guru. Antara perkara yang harus dicapai
sepanjang menjadi guru pelatih di sini adalah menyiapkan tugasan kerja kursus,
menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, berkemahiran interpersonal
dan intrapersonal yang luhur dan mempunyai komitmen yang tinggi bagi
mengembangkan potensi diri. Oleh itu,
saya mestilah mengetahui teknik kemahiran belajar yang tepat dan bersesuaian
agar saya tidak berasa tertekan menghadapi tugasan kerja kursus dan peperiksaan
yang akan dihadapi kelak. Dalam tajuk
ini kami telah diberikan tugasan untuk membina jadual belajar harian di IPG ini
dalam menyesuaikan diri dan cara hidup di IPG ini.
Akhir
sekali melalui tajuk ini kami turut diajari tentang pembelajaran regulasi
kendiri (self regulated learning). Ilmu
sangat penting kepada para mahasiswa sama ada yang belajar di IPG mahupun di universiti-universiti lain kerana
gaya pembelajaran di institusi pengajian tinggi ini secara keseluruhannya tidak
memerlukan pembimbing dan merekalah perlu berdikari sendiri.
No comments:
Post a Comment