Monday, 26 September 2016

BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

BAB 2: Pengurusan Pembelajaran




2.1 PENETAPAN M ATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK


Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah SMART.

Apa itu kaedah SMART ?



SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat anda dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka.

SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:
Specific               :               Terperinci
Measurable         :               Boleh diukur
Attainable            :               Boleh dicapai
Realistic              :                Munasabah
Time Based         :               Mempunyai had masa tertentu


2.2 PENGURUSAN MASA (TIME MANAGEMENT)



Kemahiran Mengurus Masa

Sebagai pelajar, kita seharusnya dapat mengurus masa kita sebaiknya agar pengunaan masa kita dapat diseimbangkan di antara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Pengurusan masa yang efektif merupakan satu aspek pemangkin kepada kecemerlangan individu atau sesebuah organisasi. Menurut Peter F. Drucker, dalam Ambosworkz, (2005), katanya, "Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus". Perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa pengurusan masa bukanlah perkara yang mudah. 
Kebiasaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Kita dinasihatkan agar jangan memaksa diri ketika dalam keadaan ini dan sebaiknya kita rehat sebentar, dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air mineral untuk mengembalikan kesegaran. Seterusnya, pastikan waktu mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari iaitu 1 jam pada waktu pagi, 1 jam pada waktu petang dan 1 jam pada waktu malam. Untuk mengelakkan kejemuaan ketika belajar, kita perlu bijak mempelbagaikan aktiviti semasa belajar. Antaranya ialah membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan apa yang dibaca, dan menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan. 




Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai jika kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukan masa. Contohnya, dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan sepenuhnya. Oleh yang demikian, matlamat kita untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Hal ini kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Walau bagaimanapun, kita juga tidak seharusnya hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama sejam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai. 



Sediakan senarai aktiviti belajar seharian (list to do). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Kemudian, semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa yang akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan itu serta merta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadikannya suatu kebiasaan di masa depan. 




Sistem pengurusan masa yang baik dapat membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :

  1. Membantu anda membuat sesuatu mengikut keutamaan
  2. Membantu anda menghidar perangkap masa 
  3. Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
  4. Memberi anda kebebasan dan kawalan
  5. Membantu anda menghindar daripada konflik masa 
  6. Membantu anda menghindar rasa bersalah
  7. Membantu anda menilai kemajuan anda
  8. Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak

Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul dan mencapai matlamat pembelajaran, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pendek kata, kita haruslah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. 




2.3 MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI




A. Model Gaya Pembelajaran VARK (Visual,Aural, Reading, Writing, Kinestatik Learning)

Model VARK diasaskanoleh Neil Fleming pada tahun 2001. Model ini menerangkan empat gaya pembelajaran berasaskan perbezaan individu iaitu :-

1.   Visual (Visual Learners)
·         Menitikberatkan kepada ketajaman penglihatan.
·         Perlu bukti yang dapat dilihat dengan mata kasar untuk memahami dan mempercayai            sesuatu.
·         Contohnya guna grafik, gambar, video, poster  dan carta semasa P&P berlangsung.

 Ciri-ciri gaya belajar visual :-
    
·         Suka lihat sikap, gerakan dan bibir guru sewaktu guru mengajar.
·         Bukan seorang pendengar yang baik sewaktu berkomunikasi.
·         Tidak suka bercakap di hadapan ramai dan berkumpulan.
·         Tidak suka mendengar orang lain bercakap.( kelihatan pasif sewaktu aktiviti perbincangan)
·         Kurang mengingat maklumat yang diberi secara lisan.
·        Melihat kawan-kawan lain bertindak terlebih dahulu selepas mendapat petunjuk untuk melakukan sesuatu.



 2.     Auditori ( Auditory Learners  )

  •  Pelajar belajar melalui pendengaran.

  • ·Pelajar auditori ini meletakkan pendengaran sebagai alat utama untuk menambah pengetahuan   dan maklumat.
  •  Contoh : Hanya mendengar , pelajar itu dapat mengingat dan memahami maklumat itu.
  •  Selalunya, pelajar yang belajar dengan cara ini sukar untuk memperoleh maklumat melalui bacaan dan penulisan.
Ciri-ciri gaya belajar Auditori:-

·       Lebih cepat menyerap dengan mendengarkan 
·       Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca 
·       Senang membaca dengan keras dan mendengarkan 
·       Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, birama, dan warna suara. 
·       Bagus dalam berbicara dan bercerita 
·       Berbicara dengan irama yang terpola 
·       Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan daripada yang dilihat 
·       Suka berbicara, suka berdiskusi, dan menjelaskan sesuatu panjang lebar 
·       Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya 
·       Suka musik dan bernyanyi 
·       Tidak boleh diam dalam waktu lama 
      

3.  Bacaan


Menulis semula nota, membuat nota, menghafal nota, menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri dalam bentuk Powerpoint.



 4.   Kinestetik ( Kinesthetic Learners)

Belajar melalui pengalaman dan penglibatan melakukan aktivti pembelajaran.

  Contohnya :- 

  • ·         menggunakan kaedah hands on melalui eksperimen, pembelajaran di luar  bilik darjah dan menggunakan gambar rajah  dan foto sewaktu menerangkan idea atau membuat pembentangan.
  • ·         Individu itu selalunya lebih suka menyentuh sesuatu yang boleh memberikan maklumat tertentu untuk mengingatinya.
  • ·         Hanya dengan memegang sahaja, seseorang yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik ini dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan tanpa perlu membaca kepada penjelasannya.

Ciri-ciri gaya belajar Kinestetik :-

·       Selalu berorientasi fisik dan banyak bergerak 
·       Berbicara dengan perlahan 
·       Menanggapi perhatian fisik 
·       Suka menggunakan berbagai peralatan dan media 
·       Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka 
·       Berdiri dekat ketika berbicara dengan orang 
·       Mempunyai perkembangan awal otot-otot yang besar 
·       Belajar melalui praktek
·       Menghafal dengan cara berjalan dan melihat 
·       Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca 
·       Banyak menggunakan isyarat tubuh 
·       Tidak dapat duduk diam untuk waktu lama 
·       Menggunakan kata-kata yang menandung akso 
·       Menyukai buku-buku yang berorientasi pada cerita 
·       Kemungkinan tulisannya jelek 
·       Ingin melakukan segala sesuatu 

·       Menyukai permainan dan olah raga.


·      

B. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Persekitaran - Cahaya, Bunyi, Suhu, dan Pola Ke;as
Emosi - Motivasi, Tanggungjawab, Berstruktur dan Ketabahan
Sosiologi - Sendiri, Pasangan, Kumpulan, Gabungan, pelbagai cara
Fisiologi - Global atau analitik, otak kiri atau kanan bertindak secara spontan berfikir sebelum bertindak. 





2.4 Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.



Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin
Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.

2. Tukar rutin harian
Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.

3. Tidur sekejap waktu siang
Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.

4. Minda fotograf
Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau   tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.
Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.

5. Kurangkan makan
Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.
Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.

6. Permainan latih otak
Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.

7. Layari internet
Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.

8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi
Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.

9. Atasi depresi (kemurungan)
Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)
Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.

11. Kawal tahap gula dalam darah
Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.

12. Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.

13. Makan sayuran hijau
Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.

14. Tangani apnea tidur
Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.

15. Belajar sesuatu yang baru
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.

16. Berhenti merokok
Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.

17. Makan coklat hitam
Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.

18. Letak barang-barang pada tempatnya
Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya.
Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

19. Jangan bersara awal
Jika anda gembira dan merasai kepuasan dengan kerja yang dilakukan, janganlah bersara awal. Bekerja akan membantu mengekalkan daya ingatan dan tidak cepat menjadi pelupa atau nyanyuk. Jika bersara anda akan berhenti terus berfikir mengenai kerja kerana anda hanya lakukan kerja rutin yang tidak perlu menggunakan fikiran yang tajam, dan ini akan mempercepatkan lagi seseorang itu menjadi pelupa.

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan

Mengadakan majlis perjumpaan, majlis ilmu dan bersilaturrahim sesama rakan-rakan dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk.


2.5 Perancangan Jadual Belajar

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.  Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran.  Sebagai pelajar anda mestilah:

  1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.  Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari.  Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan.  Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam.  Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
  2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza.  Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.  Jangan paksa diri anda.  Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika.  Iaitu lebih kurang 5 minit.  Selepas itu sambung semula belajar.  Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.  
  3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.  Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
  4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.  Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.  Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik.  Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.
  5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji.  Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
  6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya.  Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.  Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.  Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".
  7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.  Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.
  8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
  9. Gunakan teknik membaca yang berkesan.  Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
  10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  Iaitu proses memanggil semula maklumat.
  11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain.  Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari.  Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
  12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?  Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?




Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:






Refleksi bab 2

            Pada akhir bab 2 ini, saya dapat pelajari tentang penetapan matlamat diri dan akademik dengan menggunakan kaedah SMART.  Kaedah ini telah menerangkan kepada saya tentang cara-cara menentukan matlamat diri sama ada dalam kehidupan ataupun dalam bidang akademik.  Selain itu, melalui subtopik pengurusan masa (self management) saya juga telah didedahkan dengan cara-cara menguruskan masa dengan sistematik yang perlu diketahui oleh pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik terutamanya.  Subtopik ini mendedahkan saya untuk membahagikan masa terhadap perkara yang perlu disegerakan dan tidak disegerakan malahan mengajar saya membuat keputusan untuk  mendahulukan keperluan yang penting terlebih dahulu diikuti dengan perkara-perkara yang kurang penting. 

       Selanjutnya, dalam tajuk ini juga saya mengenali gaya pembelajaran kendiri yang diasaskan oleh tokoh-tokoh barat terdahulu.  Contohnya, model gaya pembelajaran Vark yang mendedahkan kaedah belajar melalui visual, audio, bacaan dan menulis. Melalui kaedah-kaedah ini dapatlah mengetahui saya tergolong dalam kaedah gaya pembelajaran visual kerana saya lebih cepat mempelajari dan memahami sesuatu melalui penglihatan  contohnya menggunakan grafik, video dan seumpamanya.  Seterusnya, tokoh Dunn & Dunn yang menekankan gaya pembelajaran berdasarkan persekitaran, emosi, sosiologi dan fisiologi.  Bukan itu sahaja, saya juga telah mempelajari bagaimana merangka strategi meningkatkan daya ingatan.  Ianya membincangkan beberapa kaedah untuk mengekalkan daya ingatan contohnya melakukan senaman, menukar rutin harian, mengamalkan tidur sejenak pada waktu siang dan sebagainya.  Tegasnya, tajuk ini amat penting kepada setiap pelajar yang dahagakan kejayaan di samping menghubungkaitkan diri sendiri dengan kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh barat.




No comments:

Post a Comment