Monday 26 September 2016

BAB 3: KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

BAB 3: Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

3.1 Pencarian Sumber Maklumat

Pendahuluan

Masyarakat yang kemaskini ialah masyarakat yang menggunakan maklumat yang mutakhir. Tanda-tanda sesuatu masyarakat pentingkan maklumat ialah seperti berikut:
1. Media maklumat banyak digunakan seperti radio, televisyen, telefon dan lain-lain jenis alat elekrtronik.
2. Bilangan surat khabar dan pembaca akhbar ramai.
3. Maklumat senang dan murah dihantar atau diperolehi.
4. Maklumat juga cepat bergerak di antara satu tempat dengan tempat lain.
5. Bilangan terbitan buku dan majalah baru juga banyak setiap hari.
6. Sikap gemar membaca.

Apakah itu mencari maklumat

Mencari maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai. Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat.

Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca. Maklumat terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan dan sebagainya. Maklumat dari media cetakan yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan atau tugasan ialah buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan, abstrak, gazetteer dan almanak.

Setelah sumber maklumat yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan seperti daftar isi kandungan dan indeks untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain seperti ensiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video masing-masing.
Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar sekolah juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan, temuduga atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang khusus.

Langkah-langkah mencari maklumat.

Langkah-langkah mencari maklumat boleh dibuat dengan mengikut prosedur berikut:

1. Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan.

2. Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam perpustakaan. 

3. Kalau tugas kita menyediakan sesuatu laporan, mungkin kita perlu merujuk beberapa buah buku perangkaan yang memberi kita angka-angka yang diperlukan.

4. Untuk mendapat maklumat dan perangkaan dari agensi kerajaan atau swasta, kita perlu merujuk kepada Bahagian Jurnal atau Penerbitan Berkala.

5. Semua bahan yang dirujuk perlu ada isi yang berkaitan dengan tajuk laporan yang sedang disediakan.

6. Perangkaan tidak memberikan maklumat di dalam bentuk ayat. Oleh itu, menggunakan perangkaan, perlu ada struktur ayat dibina untuk mencantumkan eberapa perangkaan yang tidak boleh berdiri dengan sendiri atau bermakna sendiri. Pusat Sumber boleh dikatakan juga pusat maklmat. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis maklumat yang tercatat atau tersimpan dalam berbagai-bagai jenis format.

Ada maklumat yang disimpan atau tercatat dalam buku, iaitu jenis cetakan, dan ada juga yang direkodkan di dalam pita audio, video, filem atau slaid. Cara kita mengesan buku yang ada di atas rak ialah dengan mengikut urutan aktiviti yang berikut :

1. Tentukan apakah maklumat yang hendak dicari atau diperolehi.

2. Apabila telah memilih pusat sumber sebagai salah satu tempat mendapatkan maklumat tersebut, pergi ke rak atau kabinet kad katalog.

3. Kalau anda tahu nama pengarang anda cari laci kad pengarang. Kalau anda tahu judul buku, cari di laci kad judul. Salah satu punca boleh memberitahu anda sama ada buku yang dicari ada atau tidak di perpusatakaan.

4. Catatkan maklumat buku yang ada di dalam kad katalog di atas cebisan kertas.

5. Tuju ke rak buku yang ada nombor penjelasan yang sama dengan nombor penjelasan di dalam kad katalog.

6. Kalau buku tiada di rak, berjumpa dengan puatakawan atau pembantunya untuk menempah buku yang dicari.

7. Kalau ada, buatkan pinjaman mengikut sistem pinjaman yang diamalkan.

Prosedur yang sama dijalankan untuk bahan bukan buku seperti pita audio, pita vieo, piring hitam, filem dan sebagainya.

Sumber-sumber pencarian maklumat

Kamus Maklumat.
Di dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya. Ada juga kamus yang memberi maklumat tentang asal usul perkaaan serta sebutan atau bunyinya. Kamus dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Ensiklopedia.
Maklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat. Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat umum atau kasar, yang disebut makro. Jika terdapat jilid yang menerangkan secara terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro.

Atlas.
Maklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi. Kita akan memperolehi maklumat tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan bentuk muka bumi yang lain. Daripada atlas juga terdapat maklumat tentang pertanian, perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur dan lintang dan sebagainya.

Buku Tahunan.
Buku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu tahun. Contohnya, buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.

Almanak.
Almanak ialah buku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan kemaskini. Ia mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia. Ia juga mengandungi perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang. Maklumat di Almanak disusun mengikut bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.

Buku Panduan Telefon.
Maklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik, nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.

Graf.
Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita juga perlu tahu membaca maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y tercatat di sebelah kedua-dua paksi. Membaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-sektor yang ada di dalam grf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.

Carta Maklumat.
Daripada carta boleh dikesan dengan membaca apa yang ada di dalam carta. Kadangkala ia memberi meklumat tunggal. Banyak carta memberi maklumat yang berkaitan.

Peta.
Di dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat. Apabila membaca peta seperti peta topo, kita perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta. Kita juga perlu tahu makna sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk. Petunjuk dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin. Kalau tiada arah angin, peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca. Untuk mencari tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid bagi peta topo jika soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid.

Gambar.
Sekeping gambar mengandungi banyak maklumat. Maklumat di gambar boleh dikesan dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu. Selepas dapat mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau warna sesuatu benda. Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar.

Majalah.
Ia bermula dengan mencari tempat dan nama majalah. Senarai makalah yang ada di perpustakaan perlu dibaca dahulu untk mengetahui kehadiran sesuatu makalah atau majalah. Mungkin ia disimpan secara terbuka di rak-rak majalah atau ia perlu diminta dari pustakawan. Penuhkan borang khas untuk mendapatkan majalah dari simpanan tertutup. Baca isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu penulisan itu dicetak. Senarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau kulit belakang. Ia juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri.

Indeks.
Indeks merupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan dan bahan cetakan yang lain. Ia memberikan pengguna mengesan dengan cepat butiran berkenaan dengan satu jenis bahan. Di pusat sumber terdapat banyak jenis indeks. Antaranya ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index.Dari indeks majalah contohnya, kita boleh mengesan nama majalah, tarikh diterbitkan, iaitu tahun atau bulan. Tahun, bulan dan juga nama majalah dan akhbar boleh jadi ditulis secara ringkasan sahaja. Dari indeks anda boleh juga mendapat maklumat tentang nombor jilid. Indeks majalah mengandungi juga nombor penjelasan. Ini terdapat di dalam indeks majalah Malaysia, keluaran Perpustakaan Negara Malaysia. Ia dikelaskan mengikut bahagian atau seksi dan perkara.

Bibliografi
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

  •               Bibliografi di bahagian akhiran buku.
  •        Bibliografi jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk;

·            Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan dengan isi     kandungan buku yang telah dibaca.
·            Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan.
·            Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.


  
3.2 Pengurusan Maklumat

Definisi dan Konsep Maklumat

Menurut beberapa kamus umum ,maklumat ialah data,bahan dan pengetahuan.Selain itu,maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.  Ciri-ciri maklumat termaksuklah relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada masanya dan membantu mengurangkan ketidakpastian.  Manakala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripada realiti sebenar,kabur,tidak jelas, tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan.  Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpustakaan ,arkib, muzium, galeri seni dan internet.Seorang individu yang cekap,tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar, profesiona, atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya,iaitu tahu bagaimana untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menlai, menyusun dan menggunakkan maklumat itu. 

Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat(Lau 2006). Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita.  Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat.Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.

Definisi dan Pernyataan Keperluan Maklumat
Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat keboleham untuk memulakan proses pencarian

Pengesahan Maklumat
Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih kebolehan untul memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan

Pentaksiran Maklumat
Kebolehan untuk menganalisis ,memeriksa dan mengekstrak maklumat kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat keboehan untuk memilih dan mensintesis maklumat kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevanan maklumat yang didapatkan semula

Penyusunan Maklumat
Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbail dan paling berguna

Penggunaan Maklumat
Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi,mempersembah dan menggunakan maklumat kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh kebolehan untuk mempersembah produk maklumat


3.3 Pencarian di Perpustakaan

Anda boleh masuk ke laman web perpustakaan http://mylibrary.unimap.edu.my/. Selepas itu, anda perlu ke bahagian Access to World Resources dan mulakan carian menggunakan WorldCat Discovery. Ia akan menyenaraikan semua koleksi yang disediakan oleh Perpustakaan seperti buku, buku atas talian (e-books), jurnal atas talian (e-journals), majalah, tesis, piawaian, dan koleksi multimedia.



3.4 Pelayaran Internet

a) Matnor Daim (1997)menyatakan bahawa pembelajaran di abad ke-21 akan banyak bergantungkepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer.

b) Penggunaan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan darisegi pengetahuan. Kecekapan dan kemahiran.

c) Kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran
i) Boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauhterutama tempat yang tidak dapatmenjalankan kelas seperti biasa.
ii) Pencarian data dan maklumat dalam skop yang lebih besar di seluruh dunia.
iii)Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kerana kebanyakan bahan adalah dalambahasa Inggeris

d)Kelamahan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
i)Pelajar terdedah dengan bahan porno yang lebih mudah diakses
ii)Sumber maklumat tidak meyakinkan kerana tiada autoriti dalam
 database
iii)Pembelajaran kurang berlaku dalam bentuk bersemuka

LINDUNGI JEJAK ANDA DALAM INTERNET

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.
Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet

Jangan Senarai Diri Anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:\WINDOWS\HISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kungjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan Jejak Anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:\WINDOWS\COOKIES atau C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus!


3.5 Sumber Primer dan Sumber Sekunder

A. Sumber Primer

    Sumber primer yaitu sumber yang berkaitan langsung dengan  peristiwa yang diceritakan. Sumber primer ini dapat berupa kesaksian langsung dari pelaku sejarah (sumber lisan). Dokumen-dokumen, naskah perjanjian, arsip, (sumber tertulis), dan benda-benda arkeologi (sumber benda).

•             Sumber Lisan

     Sumber lisan adalah  keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh secara langsung dari pelaku peristiwa tersebut. Misalnya, keterangan yang diberikan oleh orang-orang yang menjadi pelaku/saksi terjadinya G30S/PKI.

•             Sumber Tulisan

     Sumber tulisan adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui prasasti, dokumen, naskah, dan rekaman suatu kejadian. Sumber tertulis merupakan sumber sejarah yang paling baik.

•             Sumber Benda

     Sumber benda adalah keterangan tentang peristiwa pada masa lampau yang diperoleh melalui benda-benda peninggalan. Fosil, alat-alat atau benda-benda budaya (kapak, tombak, gerabah, perhiasan, manik-manik, dan sebagainya). tugu peringatan, bangunan, dan sebagainya merupakan peninggalan sejarah yang sangat penting, terutama bagi masyarakat pra-aksara.

B. Sumber Sekunder


     Yaitu kesaksian dari siapa pun yang bukan merupakan pelaku/saksi langsung, yakni orang yang tidak hadir pada peristiwa yang dikisahkan.



Untuk rujukan lebih lanjut boleh klik link ini:

https://prezi.com/90w9ui8xfiqv/kemahiran-belajar/


REFLEKSI BAB 3

           Pada akhir pembelajaran tajuk bab 3 ini, saya telah mempelajari langkah-langkah mencari maklumat.  Saya akui untuk mencari sumber rujukan amat sukar terutamanya ketika menyiapkan tugasan kerja kursus.  Setelah saya mempelajari tajuk ini maka saya telah memperoleh maklumat yang sahih untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dalam kerja kursus saya.  Langkah-langkah yang saya praktikkan juga menunjukkan keberkesanan semasa proses pencarian sumber tersebut.  Dalam sub tajuk ini juga saya telah mengenal pasti maklumat yang dikehendaki, mengenal pasti bentuk maklumat, mengenal pasti cara mendapatkan maklumat, membuat penilaian ke atas maklumat yang diperolehi dan seterusnya menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan. 


          Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menguruskan maklumat yang diperolehi serta diurus secara sistematik agar maklumat-maklumat tersebut dapat dicapai.  Kebiasaannya, penyebaran maklumat dilakukan dalam bentuk soft copy dan hard copy.  Di samping itu, dalam tajuk ini juga mengajar saya untuk manfaatkan penggunaan perpustakaan seperti mencari malumat melalui sumber jurnal dan buku-buku yang terdapat di perpustakaan.  Dalam masa yang sama, kemahiran IT saya juga dapat dipertingkatkan melalui pencarian maklumat-matlumat menggunakan pelayaran internet berdasarkan pangkalan data selaras dengan pendidikan abad ke-21 kini.  Namun penggunaan internet juga terdapat kelemahannya di mana kita perlu berhati-hati memilih maklumat kerana tidak semua maklumat adalah tepat dan sahih.  Akhir sekali saya mengetahui bagaimana untuk membezakan antara sumber primer dan sumber sekunder melalui pembelajaran bab ini.





No comments:

Post a Comment