Thursday, 29 September 2016

BAB9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Bab 9: Sikap Terhadap Pentaksiran

MAKSUD PENTAKSIRAN

  • Proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.


  • Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

TUJUAN PENTAKSIRAN

  •          Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran
  •          Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
  •          Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
  •          Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar

9.1  JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1.       Pentaksiran Sumatif
2.       Pentaksiran Fomatif
3.       Pentaksiran Berasaskan Prestasi
4.       Prestasi Internal dan Eksternal

PENTAKSIRAN SUMATIF

  •          Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari
  •          Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
  •          Contoh: PBS
PENTAKSIRAN FORMATIF

  •          Pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera
  •          Contoh: PBS
PENTAKSIRAN BERASASKAN PRESTASI


  •          PENTAKSIRAN FORMAL (ujian , kuiz, dan esei dan diberikan markah)
  •         PENTAKSIRAN TAK FORMAL (melalui kemahiran membaca, kebolehan dan perkembangan dapat digabungkan)

PENTAKSIRAN INTERNAL & EKSTERNAL


  •         Pentaksiran Internal: Ditentukan dan disemak oleh sekolah(guru)



  •          Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat



  • ·         Pentaksiran Eksternal: Ditentukan oleh sesuatu badan atau sendiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia



  • ·         Kertas pentaksiran ditandakan oleh pihak luar dan muris hanya mendaoat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka


9.2  PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN

1.       Tugasan Individu
2.       Tugasan berkumpulan
3.       Integrity pelajar

TUGASAN INDIVIDU

  •          Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
  •          Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
  •         Pelajar hendaklah membuat dam memahami nota
  •          Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji
TUGASAN BERKUMPULAN


  •          Secara berkumpulan terokai tugasan yang diberi.  Ketua kumpulan menentukan apakah tugasan (aspek-aspek pentaksiran yang perlu diterokai oleh ahli) untuk setiap ahli.  Elok jika kumpulan berbincang dahulu apa yang perlu dilakukan.
  •          Seterusnya bina satu fail projek peta minda pentaksiran, kemudian kongsi kolaboratif dengan ahli-ahli kumpulan.  Ahli-ahli kumpulan secara kolaboratif akan melengkapkan peta minda tentang pentaksiran
  •          Setelah siap, projek kumpulan dibentangkan di dalam kelas untuk sesi perbincangan dan kritik

INTEGRITI PELAJAR

  •          Idea yang dipersembahkanharuslah tulen, ciptaan sendiri dan bukan mencuri atau mengambil dari individu lain.






Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:




REFLEKSI BAB 9

        Pada akhir pembelajaran bab 9 ini, saya telah didedahkan dengan jenis-jenis pentaksiran.  Pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.  Dalam kaedah pentaksiran di institusi pendidikan guru ini mereka amat menitik beratkan peperiksaan, kerja kursus, projek, ujian amali, ujian akhir kursus, penilaian pratikum, penilaian bina insan guru, penilaian dan gerak kerja kokurikulum.  Melalui tajuk ini saya juga telah didedahkan dengan persediaan untuk melaksanakan pentaksiran dan tempoh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  Pelaksanaan tugasan dan kerja kursus ini telah dibahagikan secara individu dan berkumpulan.  Dalam semua tugasan dan kerja kursus ini kami telah dilatih dan diterapkan semangat integriti pelajar-pelajar dalam membentuk identiti keguruan sebagai persediaan. Akhir sekali dalam tajuk ini saya dapat meyakinkan diri saya dalam usaha untuk menjadi guru yang berkaliber dan sanggup menangkis segala cabaran pada masa hadapan.



No comments:

Post a Comment