Wednesday 28 September 2016

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN ( LEARNING MANAGEMENT SYSTEM )

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
( LEARNING MANAGEMENT SYSTEM )

MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Merupakan aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
  • Merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.


8.1  CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Mengikut American Society for Training & Development (ASTD,2002),perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

 -Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran.
  -Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia.
  -Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran.

  • Ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut :

  -Maklumat mata pelajaran.
  -Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat.
  -Kemudahan komunikasi.
  -Kemudahan penilaian.


8.2  KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • LMS digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.

  • LMS harus dapat melakukan perkara – perkara berikut, antaranya adalah :

-Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
-Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu.
-Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
-Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.
-Mudah alih sokongan dan standart.
-Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
-Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual.
-Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
-Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
-Pembelajaran boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila –bila masa.
-LMS melibatkan kos secara efektif.
-Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.


8.3  KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  •  Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
  • Senaraikan open source software yang digunakan oleh lms.
-Moodle
-Adope captive
-Adope photoshop
-LINUX
-DOS



Sila tekan link di bawah bagi mendapatkan nota rujukan:


http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-8-53004903




REFLEKSI BAB 8

         Pada akhir pembelajaran bab 8 ini, saya telah mempelajari suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesebuah institusi pengajian tinggi dan kolej melalui penggunaan internet.  Melalui tajuk ini saya telah mengetahui ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran.  Walaupun saya baharu sahaja melangkah ke institusi pengajian tinggi ini tetapi saya perlu menguasai sistem ini untuk memudahkan segala urusan pembelajaran di institusi.  Di samping itu, melaui pembelajaran ini, ia memberi peluang kepada saya untuk meneroka tentang kegunaan sistem pengurusan pembelajaran.  Dengan mengusai sistem ini,  saya telah mampu mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan internet. 


         Selain itu, saya juga boleh mendalami ilmu selok belok berkaitan dengan system pengurusan pembelajaran contohnya meningkatkan lagi kemahiran pembelajaran melalui aktiviti on-line.  Tegasnya, apa yang telah saya perolehi daripada tajuk menunjukkan penggunaan kemudahan internet dalam pengurusan pembelajaran memberi banyak manfaat kepada para pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi.



No comments:

Post a Comment